Wednesday, November 3, 2010

Sukar Tidur

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam. Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan.

Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:
  • Kaki kejang (saya alami, walaupun tak kerap)
  • Sukar untuk bernafas (bila makan terlebih, confirm susah nak nafas ;p)
  • Sering buang air kecil diwaktu malam. (saya alami dari awal pregnant 2bulan lagi)
  • Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif. (semakin kandungan membesar, baby memang makin aktif dan tak duduk diam ;p)
  • Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar. (saya tak mengalami keadaan ni maybe sebab perut saya tak besar sangat)
  • Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang. (huuhhu memang sangat sakit dari sejak awal pregnant lagi...tapi lama2 dah biasa...dan ley terima keadaan camni...huhuhu sabar2 tinggal sebulan jerk lagi..)
  • Mengigau lebih dari biasa (tak pasti pulak...hahahha Big Daddy takde cakap pulak..;p)
  • Mimpi ngeri yang sukar dilupa. (jarang berlaku...sebab selalunya macam tak mimpi pape pun...;p)
  • Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang. (ya saya memang risau..)
  • Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak. (ya, memang saya ada pk camtu..)
  • Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung. (kena hadapi dengan sabar...;p)
sumber: alamhamil

No comments: