Saturday, October 24, 2015

Retreat Kisahnya

Kisahnya aku kena pergi retreat pada 17 & 18 Oct 2015 lastweek... Bila dapat je jadual retreat, alamak...kena dinner tema Bollywood la pulak...mana aku nak cari baju ni???


Jadinye aku pun google la curi idea fesyen orang lain kat internet...hahahahh...bila dah ada idea nak pakai apa, aku pun decide nak cari baju samaada dekat Jalan Tar or Brickfields...tapi last-last aku pilih Brickfields sebab dekat dengan office aku...mula mula plan nak sewa, tapi aku tak tau nak sewa kat mana...waaaaaaaaaaaaaaaa....


Maka misi mencari baju pun bermula...aku budget baju dengan accessories tak lebih RM100 hahahah akhirnya jumpa la baju yang berkenan dihati...kedai tu letak RM195 tapi lepas aku tawar tawar dan tawar...dapat la satu sut baju punjabi dengan harga RM100...puas juga la sesi aku tawar menawar nak dapat harga RM100 tu hihihi tapi sebab dah berkenan yang tu, jadi aku beli la juga...kain sari or punjabi ni boleh tahan mahal...tapi memang cantik la design dia...lagi berkualiti jenis kain, lagi la mahal...set gelang aku pilih paling murah RM9.90 dan rantai kat kepala tu RM8.40...kira budget aku lari sikit la sebab total dia RM118.30...tapi ok la janji aku puas hati...

Bila dah ada baju, takkan takda makeup pulak ek...aku pun search la kat dalam IG...kena cari jurusolek area Port Dickson la pulak sebab retreat kali ni buat dekat Avillion Admiral Cove...3,4 orang aku survey tapi semua mahal sangat dalam RM150-RM200...aku ni manjang budget dalam RM100 je hahahah last last aku jumpa seorang jurusolek ni...nama dia wana...terus aku whatsapp dia..Alhamdulillah Wana ni cas RM100 je...kalau ada geng 3, 4 orang lagi murah...Wana ni bagi RM80 je tau...terus aku bayar deposit laju laju hahahha...mujur wana ni baik orangnya...berbudi bahasa...macam aku dah kenal lama pulak gayanya hahahah tapi betul, aku puas hati service dia...dalam masa yang rushing, dengan jadual retreat yang packed, around 45minit muka aku siap dimakeupkan...

Dan hasil dari preparation untuk dinner macam kat bawah ni...Alhamdulillah semua dah settled...hahahahhah


Makeup yang cantik ni boleh contact Wana...
Luar Port Dickson pun Wana ni boleh datang makeup...
FB: Wana Azu
IG: Wana_Azu
Blog: http://servismakeupazu.blogspot.my/